Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
PEMINAT Manchester United merancang untuk mengosongkan Old Trafford apabila mereka menentang musuh ketat, Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi Selasa ini sebagai sebahagian daripada protes terhadap pemilikan Glazers.
Ia sebagai tanda boikot peminat The Red Devils dengan tanda pagar #emptyoldtraffod ‘Kosongkan Old Trafford’ yang sedang trending di Twitter.
Kekecewaan terhadap keluarga pemilik asal Amerika Syarikat itu semakin menjadi-jadi setelah United dikalahkan Brighton 1-2 pada aksi pembukaan liga dan terbaru dibelasah 4-0 oleh Brentford.
Selaras dengan kedudukan tercorot liga yang tidak pernah difikirkan penyokong, ancaman boikot terus menerus dilakukan sebagai bentuk ancaman terhadap Keluarga Glazers.
“Kerusi saya akan kosong untuk pertandingan melawan Liverpool. Mari lakukan ini, inilah masanya #EmptyOldTrafford,” tulis salah satu peminat dilapor Daily Star.
“Jika anda cintakan Manchester United, maka jauhkan dari Old Trafford. Ini sangat berharga kawan-kawan #GlazersSellManUtd #EmptyOldTrafford,” tulis peminat lain melalui Twitter.
Keluarga Glazer sebenarnya sudah menjadi pemilik Manchester United sejak 2005.
Meskipun meraih banyak kejayaan bersama Keluarga Glazer hingga 2013 atau era Sir Alex Ferguson, peminat United tetap kecewa dengan cara keluarga tersebut menguruskan kelab.
Perlawanan berdepan Liverpool merupakan akis ketiga Manchester United musim ini.