OLEH: SITI NS
BILLIE Eilish yang menyanyikan lagu ‘Bad Guy’, ‘Lovely’ bersama Khalid, ‘Happier Than Ever’ dan juga OST terbaru James Bond, ‘No Time To Die’ akan datang ke Malaysia sempena jelajah dunianya.
Billie akan membuat persembahan ‘Happier Than Ever’ dan lagu hitsnya yang lain secara langsung di Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2022, 8.30 malam nanti.
Walaupun baru saja berusia 21, Billie merupakan artis termuda yang telah memenangi Anugerah Grammy ketika dia baru berusia 18 tahun. Bukan satu Grammy yang berjaya dimiliki tetapi tujuh Anugerah Grammy termasuk “Record Of The Year”, “Song Of The Year” dan “Album Of The Year”.
Selain Malaysia, pemegang tujuh Anugerah Grammy, lima Anugerah Muzik Video MTV, tiga Anugerah Muzik Billboard, tiga Anugerah Brit, dua “Teen Choice Awards”, empat “Nickelodeon Kids’ Choice Awards”, satu “Golden Globe Award”, serta satu “People’s Choice Award” itu juga akan mengadakan konsert di bandar Asia lain seperti Bangkok, Singapura, Manila, Seoul dan Tokyo.
Jumpa anda di sana!