HomeHiburanGelagat Zul, Ruhainies macam orang dah kahwin

Gelagat Zul, Ruhainies macam orang dah kahwin

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies kembali menjadi panas dalam kalangan netizen setelah tular video-video kemesraan antara mereka di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @fyzalbabjan, Zul meletakkan kepalanya di atas riba Ruhaines dan mereka kelihatan selesa bersama.

Ruhaines tidak menolak tindakan spontan Zul sambil berborak dengan rakan-rakan mereka.

Menerusi akaun TikTok yang sama, mereka kelihatan hadir ke majlis Ralph’s Club Ralph Lauren yang diadakan di ibu kota.

Zul datang rapat ke Ruhainies dengan berbisik rapat menyentuh telinga, sekali imbas seolah-olah seperti cium rambut Ruhainies sambil memegang lengan aktres tersebut.

Selang beberapa saat, Zul dilihat beredar dari tempat tersebut dan Ruhanies kembali melayan peminat untuk bergambar.

Tangkap layar akaun TikTok Ecah

Kemesraan itu diperkatakan warganet, mereka kembali beranggapan kedua pelakon ini sudah berkahwin namun merahsiakan.

Status hubungan Ruhainies dengan Mr E juga menjadi persoalan dalam kalangan pengguna media sosial berikutan wanita itu sudah tidak memuat naik sebarang foto mereka.

Sebelum ini, Ruhainies akui rapat dengan Zul tetapi hanya seorang kawan.

Jika benar Zul dan Ruhainies sudah berkahwin adalah lebih manis jika mereka mengumumkannya tidak membiarkan netizen membuat tohmahan atau fitnah.

Author

Pilihan Editor