HomeBeritaIsu calon PhD: KPT tunggu laporan penuh UM

Isu calon PhD: KPT tunggu laporan penuh UM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), masih menunggu laporan penuh daripada pihak Universiti Malaya berhubung dakwaan pihaknya mencuri hasil penyelidikan seorang penuntut pascasiswazah antarabangsa, yang tular di media sosial.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kementerian perlu menunggu laporan penuh berkenaan sebelum memberi maklum balas sewajarnya.

“Kementerian memandang serius dakwaan perkara ini, dan kita menunggu laporan penuh UM.

“Tindakan diambil selepas kita tahu isu sebenar,” katanya dalam kenyataan, di sini.

UM semalam telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan menafikan tuduhan yang tular, di platform media sosial.

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

Kisah penuntut berkenaan, Abbod Ali Mohammed Saeed, 34, dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum tular.

MEDIA VARIASI melaporkan, Abbod Ali dari Yaman mendakwa dirinya dibuang Universiti Malaya, idea dan data kajiannya dicuri.

Abbod Ali sudah membuat laporan polis dan membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa dua penyelianya telah menggunakan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Abbod Ali mendakwa sistem, kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program terbabit.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Dia turut mendakwa memiliki semua bukti dan dokumen yang mengesahkan idea, cadangan, kertas kerja dan data kajian adalah miliknya.

Bukan itu sahaja, dia juga mengemukakan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah lapan bulan aduannya kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mendapat maklum balas.

Ia susulan pada tahun 2015, dia memberi solusi kepada isu pengangkutan yang belum pernah ada di Malaysia iaitu menggunakan pengimbas Meshlium untuk mengesan kenderaan.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Author

Pilihan Editor