HomeMV+EksklusifIsu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

KUALA LUMPUR: Satu demonstrasi diadakan di bandar Adan di Yaman menuntut kerajaan campur tangan dalam membantu penuntut pascasiswazah dari negara itu yang dibuang universiti dan data kajiannya diambil.

Abbod Ali Mohammed Saeed, 32, dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum tular mendakwa idea dan data kajiannya diambil oleh penyelia untuk kepentingan syarikat miliknya, menarik perhatian ramai.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Difahamkan, demonstrasi itu adalah solidariti rakyat Yaman yang berasa terkesan dengan apa yang berlaku terhadap Abbod, pelajar Yaman yang sudah 15 tahun di Malaysia melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat program Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Menerusi video yang diterima, kelihatan rakyat Yaman memegang sepanduk yang memaparkan wajah Abbod dan terjemahan petikan artikel MEDIA VARIASI.

Turut difahamkan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, SAM for rights and liberties yang membela hak asasi manusia turut membantu menulis surat kepada kerajaan YAman dan Malaysia bagi meneliti isu ini.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: KPT tunggu laporan penuh UM

Mengulas isu berkenaan, Abbod berasa terharu kerana mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat masyarakat bukan sahaja di Malaysia dan luar negara.

“Ada yang menghantar WhatsApp kepada saya mereka juga menerima nasib yang sama, hasil kerja diambil untuk kepentingan yang lain.

“Saya ingin tegaskan hasil kerja saya, data kajian saya diambil oleh penyelia program PhD saya untuk kepentingan syarikat miliknya yang tiada kaitan dengan Universiti Malaya (UM).

“Namun UM pula mendakwa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

“Saya tidak pertikai dasar tersebut namun isunya ketika ini hasil kajian saya tidak dimiliki pun oleh universiti tetapi oleh syarikat seorang kakitangan UM.

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

“Malah, alat pengimbas yang digunakan untuk kajian juga milik syarikat berkenaan bukan milik UM.

“Bagaimanapun platform, geran projek semua di bawah nama UM, di sini saya lihat UM juga digunakan oleh penyelia terbabit,” katanya.

Abbod sekali lagi membuat siaran langsung ‘live’ di Facebook MEDIA VARIASI bagi menjelaskan situasi yang menimpanya di sini hari ini.

Susulan pendedahan Abbod, UM telah membuat laporan polis dan Pejabat Komunikasi Korporat UM memaklumkan, laporan polis dibuat di Brickfields itu bertujuan menafikan dakwaan dibuat pelajar itu.

Mengulas laporan polis itu, Abbod memberitahu tiada mana-mana pihak dari UM memanggilnya untuk mendapatkan keterangan atau bukti daripada pihaknya.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

“Jika benar siasatan yang telus, kenapa saya tidak dipanggil malah beberapa media utama juga tidak menghubungi saya, hanya mendapat maklumat daripada sebelah pihak sahaja, ia tidak adil,” katanya.

Abbod sebelum itu sudah membuat laporan polis dan membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa dua penyelianya telah menggunakan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Abbod mendakwa sistem, kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program terbabit.

Dia turut mendakwa memiliki semua bukti dan dokumen yang mengesahkan idea, cadangan, kertas kerja dan data kajian adalah miliknya.

Bukan itu sahaja, dia juga mengemukakan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah lapan bulan aduannya kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mendapat maklum balas.

Ia susulan pada tahun 2015, dia memberi solusi kepada isu pengangkutan yang belum pernah ada di Malaysia iaitu menggunakan pengimbas Meshlium untuk mengesan kenderaan.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Berita berkaitan: Isu calon PhD: KPT tunggu laporan penuh UM

Author

1 COMMENT

  1. It is upsetting to read again this tragic story of the brilliant researcher Abbod, who is really one of the ambitious Yemeni students in Malaysia!

    Yemen students union is so sad due to Mr. Abood’s problem is still being ignored by the administration of the oldest university in Malaysia, where many Malaysian politicians have graduated from its campus. UM’s management ought to conduct an impartial investigation and punish the officials responsible for the poor reputation of the first university in Malaysia.

    This dilemma should resolve from its roots. It is commonly known that supervisors at the University of Malaya exploit their students in order to further their personal goals. Mr. Abood is therefore one of those sad victims, and he might not be the last!

    My full solidarity with Mr. Abood and all victims at UM.

Pilihan Editor