KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan bahawa laporan media tempatan berkenaan isu penghantar makanan dan bungkusan (p-hailing) kurang tepat.
“Proses libat urus masih lagi berjalan dan MOT akan terus mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk persatuan dan penunggang p-hailing, serta syarikat penyedia perkhidmatan bagi kedua-dua segmen e-hailing dan p-hailing (EHO dan PHO).
“Antara yang dibincangkan perkiraan jarak yang tidak tepat, kepincangan sistem pada bulan Jun lalu oleh syarikat berkenaan perlu diselesaikan hingga dirasakan berlaku penindasan kepada penunggang kerana kadar upah lantai dan pemetaan digital yang tidak seragam.
“MOT akan melaksanakan pendaftaran Lesen vokasional khas bukan GDL. Mereka juga tidak perlu hadir ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti yang disyaratkan bagi kereta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran RTX 2022 di KL Sentral pada 11 Ogos hingga 14 Ogos ini.
Buat julung kalinya, orang ramai boleh melihat secara dekat teknologi dan kepakaran dalam industri rel tempatan pada pameran ini.
RTX 2022 turut menyaksikan pertukaran dokumen Letter of Award (LOA), Memorandum of Agreement (MOA), Memorandum of Understanding (MoU), Penyerahan Sijil dan penyerahan buletin edisi pertama ON-Track.
Dalam pada itu, Ka Siong menambah, pindaan terbaharu itu untuk membawa lebih banyak manfaat kepada pemandu atau pemilik kenderaan di samping meningkatkan keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya.
“Ia akan dilaksanan selepas mendapat kelulusan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“Cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.
Lesen vokasional khusus kepada penunggang p-hailing yang belum diberi penetapan nama, adalah berbeza dengan lesen penghantar barangan secara komersial (GDL) sedia ada.
Ia adalah usaha menjelaskan bahawa lesen vokasional berkenaan khas untuk penunggang p-hailing sahaja.