HomeBeritaMIC tunggu bubar Parlimen, umum calon

MIC tunggu bubar Parlimen, umum calon

KUALA LUMPUR: MIC perlu menunggu pembubaran Parlimen sebelum mengumumkan calon parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, Presiden parti yang akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRU15.

“Kita calon dah ada, cuma tunggu Presiden umum. Soal calon muka baharu atau lama itu bidang kuasa Presiden.

“Saya pun belum tahu lagi saya calon atau tidak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pada Majlis Persidangan & Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali Ke-23 (COSH 2022), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Author

Pilihan Editor