HomeBeritaMoevd aplikasi pertama lindungi bakal umrah, haji

Moevd aplikasi pertama lindungi bakal umrah, haji

AMPANG: Aplikasi terawal yang dibangunkan untuk melindungi pengguna khususnya mereka yang bakal menunaikan umrah dan haji atau Moevd, dilancarkan hari ini.

Teknologi yang dibangunkan Moevd Groups Sdn Bhd itu mendapat kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Moevd, Zumy Zuheidy, berkata aplikasi Moevd itu menawarkan konsep servis ‘people’s lifestyle’ atau gaya hidup, namun turut menjadi platform pertama di Malaysia menyediakan pelbagai tawaran pakej umrah.

“Pelanggan boleh membuat perbandingan dan memilih pakej umrah terbaik untuk diri sendiri atau keluarga secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, daripada aplikasi ini.

“Selain itu, Moevd turut menawarkan servis e-hailing, insurans, penghantaran pembungkusan dan makanan, yang mudah dan mesra pelanggan.

“Moevd turut bertujuan membantu orang ramai daripada terpedaya dengan orang tengah tidak berlesen, sebaliknya terus kepada syarikat bertauliah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatanganinya dan Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, di Hotel Barakah, di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman.

Menariknya, Zumy berkata, aplikasi berkenaan turut menyediakan perkhidmatan pemandu e-hailing wanita khas untuk pelanggan wanita sahaja tanpa perlu ragu.

Sementara itu, Razali berkata, semua agensi berdaftar di bawah PAPUH boleh menggunakan platform Moevd untuk mempromosi dan mengembangkan rangkaian perniagaan umrah masing-masing.

Author

Pilihan Editor