HomeMV+BongkarKini baru faham nilai tanah yang dilesapkan 'toyol'

Kini baru faham nilai tanah yang dilesapkan ‘toyol’

SEMENYIH: Peri pentingnya pengetahuan tentang kepentingan Tanah Melayu tanah tumpah darah ini, kerana rizab tanah sendiri dilihat semakin hilang dek pihak tidak bertanggungjawab seperti ‘toyol’ terlibat.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Tanah kurniaan Sultan tidak boleh dipindah milik

Apabila sudah tahu, bukan mudah untuk mendapatkan hak semula, melainkan melepaskan begitu sahaja kerana sudah habis daya dan wang memperjuangkan perkara yang belum tentu boleh dimiliki semula.

Begitulah perjuangan 19 tahun Omar Mohamad Unni, yang menuntut hak keluarga ke atas tanah TOL (Tanah Pendudukan Sementara) yang kemudiannya dianugerah Sultan Selangor (Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj) kepada arwah bapanya, atas jasa pada 1965.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Tanah kurniaan Sultan tidak boleh dipindah milik

Itu pun selepas, adik beradiknya yang lain yang tinggal kini, Fatimah, 73, Aishah, 70, dan Rukiah, 65, menyedari kepentingan tanah kerana masa kecil mereka tidak begitu menumpukan hal berkenaan.

Fatimah memberitahu, mereka adik beradik masih kecil ketika mendiami rumah di atas tanah berkenaan, namun terpaksa berpindah kerana melihat jiran lain yang juga suku Boyan keluar dari tempat itu.

“Kita kecil lagi masa itu, mana tahu hal-hal tanah ni tak masuk kepala. Sudah tua ni baru tahu, tanah ni penting.

“Umur saya ketika itu pun 12 tahun, yang lain-lain, Aishah pun lima tahun. Kebetulan, memang ada tanah haram (diduduki Boyan) di situ, jadi kami pun ikut keluar tapi sampai tak tahu tanah diambil orang.

“Bila dah besar ni, terkejut baru tahu (tanah penting). Cuma kami serahkan (urusan) pada adik (Omar) kerana dia diberi kelebihan pandai bercakap,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Tanah kurniaan Sultan tidak boleh dipindah milik

Omar menunjukkan dokumen berkaitan tanah kurniaan Sultan yang hilang diambil orang

Fatimah juga berkata, ibu mereka pernah meninggalkan pesan supaya menuntut semula tanah yang dibeli oleh bapa mereka.

Justeru, katanya, biarlah perjuangan adiknya sampai berjaya kerana mereka yang lain hanya mampu mendoakan dan menyokong dari belakang.

“Adik (Omar) tidak pernah sesekali pun putus asa turun naik urusan menuntut hak tanah selama 19 tahun, sampai saat ini walaupun ditipu dan berhabis ratusan ribu ringgit.

“Kalau berjuang, biar selamat dan berjaya,” katanya.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Tanah kurniaan Sultan tidak boleh dipindah milik

MEDIA VARIASI sebelum ini secara eksklusif mendedahkan kegiatan ‘toyol’ Jalan Yap Kwan Seng selepas Omar Mohamad Unni mengadu tentang kehilangan tanah kurniaan Sultan Selangor kepada arwah bapanya pada tahun 1951 di lot 189 Jalan Yap Kwan Seng.

‘Toyol’ tanah Yap Kwan Seng ini telah menyebabkan kerugian masa dan jutaan ringgit kepada pemilik asal dan juga konglomerat hartanah iaitu Exsim Development Sdn Bhd yang dipercayai terpedaya memajukan residensi di atas tanah itu.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Tanah kurniaan Sultan tidak boleh dipindah milik

Author

Pilihan Editor