HomeBeritaKeikhlasan dibalas penganiayaan, adakala rasa keseorangan - luah Najib

Keikhlasan dibalas penganiayaan, adakala rasa keseorangan – luah Najib

KUALA LUMPUR: “Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan. Ada kalanya kita merasa kita… keseorangan,” demikian luahan Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebooknya.

Berita berkaitan: Najib ulangi sumpah laknat, pertahan diri tak bersalah

Selasa ini, bukan sahaja empunya diri, tetapi seluruh negara menunggu keputusan mahkamah yang bakal menentukan nasib beliau sama ada dipenjara atau dibebaskan.

Dalam luahannya itu, Najib merasakan dirinya kadang kala berjuang seorang diri.

Ini kerana, beliau menyangkakan, mereka yang turut sama berjuang dengannya selama ini ikhlas, namun tidak sangka akhirnya dikhianati.

Dalam luahan di hantaran sama, Najib berkata, kadang kala beliau turut merasakan usaha dan kebaikan dilakukan hanya sia-sia.

Berita berkaitan: Najib ulangi sumpah laknat, pertahan diri tak bersalah

“Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.

“Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia.

“Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan. Dengan fitnah dan penganiayaan.”

“Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan,” tulisnya di hantaran yang disertakan dengan gambar beliau mengambil wuduk.

Selasa ini, rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik untuk membuat sebarang hujahan bagi membela mantan perdana menteri itu.

Berita berkaitan: Najib ulangi sumpah laknat, pertahan diri tak bersalah

Hisyam Teh pada Jumaat lalu memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Hakim Tengku Maimun bagaimanapun berkata, mahkamah akan menangani perkara itu pada hari Selasa ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan berkenaan.

Sehubungan itu, ramai dalam kalangan pengamal undang-undang berpendapat, mahkamah tertinggi itu boleh membuat keputusan serta-merta walaupun tiada hujahan daripada peguambela Najib.

Berita berkaitan: Najib ulangi sumpah laknat, pertahan diri tak bersalah

Author

Pilihan Editor