HomeBeritaRamai masuk kerja lewat jalan raya sesak luar biasa waktu hujan

Ramai masuk kerja lewat jalan raya sesak luar biasa waktu hujan

KUALA LUMPUR: Hampir keseluruhan kawasan di Lembah Klang mengalami kesesakan teruk akibat hujan luar dari jangkaan, awal pagi tadi.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, selain kereta dan kenderaan berat, banyak penunggang motosikal tersangkut di tengah jalan.

Bimbang berlaku kecelakaan kerana jalan basah dan licin, menyebabkan kenderaan bergerak sangat perlahan manakala penunggang motosikal terpaksa berhenti di bawah jejambat khas sehingga hujan berhenti.

Pengguna Twitter, @imaginaryworldx dalam hantarannya berkata, laluan trafik di jalan raya akan menjadi sesak luar biasa setiap kali berlaku hujan, terutama di Kuala Lumpur.

Dia terpaksa meredah trafik ke tempat kerja seperti biasa walaupun menjangkakan ia akan menjadi lebih sesak akibat hujan.

Seorang lagi pengguna, @saranghamoo berkata, tempoh kebiasaan untuk tiba ke tempat kerja sekurang-kurangnya lima minit, namun oleh kerana hujan lebat yang mengakibatkan kesesakan trafik menyebabkannya tiba lewat sehingga satu jam.

“I’m really sick of the traffic in Malaysia whenever it rains,” katanya.

Situasi sama turut dikongsi seorang lagi pengguna, @AzharAndiTahir berkata, dia sepatutnya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk tiba di tempat kerja di Subang Jaya.

“Hari ini saya bertolak dari rumah di Shah Alam pada jam 6.40 pagi, tetapi tiba jam 7.25 pagi di Subang Jaya,” katanya yang tersangkut dalam trafik hampir 40 minit dipetik NST.

Sementara, menurut satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), merekodkan ribut petir, angin kencang dan hujan lebat melanda di beberapa negeri sehingga jam 1 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, kawasan terkesan antaranya kawasan Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang and Muallim di Perak.

Selain itu, Cameron Highlands, Lipis dan Bentong di Pahang manakala di wilayah selatan seperti Port Dickson di Negeri Sembilan, Melaka, serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, dan Pontian di Johor turut terkesan.

Cuaca lembab turut memberi kesan di kawasan Lembah Klang termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Author

Pilihan Editor