HomeBeritaRayuan PRESMA dibincang di peringkat KSM

Rayuan PRESMA dibincang di peringkat KSM

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meneliti rayuan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) berhubung syarat pengambilan pekerja asing.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata pihaknya baru menerima rayuan permohonan berkenaan, semalam.

Beliau mengulas akan membincangkan perkara itu di peringkat kementeriannya.

“Saya baru semalam terima permohonan daripada PRESMA.

“Kita akan bincang (permohonan) di peringkat kementerian,” katanya.

Saravanan hadir pada Majlis Pelancaran Inisiatif Mynext di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Mynext by TalentCorp yang kini berwajah baharu, di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

PRESMA sebelum ini merayu kerajaan melonggarkan syarat permohonan pekerja asing yang menyebabkan industri mereka terjejas, selain meminta proses pengambilan yang dihentikan sementara waktu dilanjutkan dua bulan.

Ia kerana syarat sedia ada itu, menuntut kuota pekerja asing sebanyak 15 peratus daripada jumlah pekerja tempatan walhal mereka sangat memerlukan pekerja asing yang lebih berminat dalam bidang itu.

Selain itu, premis perlu berkeluasan 2,500 meter persegi, yang tertakluk kepada pasar raya gergasi.

Author

Pilihan Editor