HomeSukanSalah dijangka terus 'mengganas ' di Old Trafford

Salah dijangka terus ‘mengganas ‘ di Old Trafford

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

BINTANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah dijangka akan menghadirkan acaman buat kubu Manchester United menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, pagi Selasa ini.

Ia bukan sekadar ‘sembang lebat’ kerana Salah miliki rekod yang baik setiap kali bertemu The Red Devils.

Superstar bola sepak Mesir itu akan memperkuat The Reds yang sedang memburu kemenangan pertamanya setelah sekadar seri dalam dua perlawanan awal kempen.

Ketajaman Salah akan dimanfaatkan Jurgen Klopp sebaik mungkin apatah lagi terbukti menghasilkan dua gol termasuk satu umpanan dalam tiga pertandingan Liverpool di sepanjang musim ini. Selain itu Salah terbukti produktif di depan gawang Manchester United.

“Pertandingannya tidak akan mudah dan saya tidak terfikir akan jaringkan satu, dua atau tiga gol. Saya tahu ini akan menjadi aksi yang sangat getir,” ujar bekas pemain Chelsea dan AS Roma itu.

Sejak bergabung dengan Liverpool lima tahun lalu, Salah sudah lapan kali berdepan Manchester United di EPL.

Hasilnya, tujuh gol dibukukan Salah termasuk lima gol dalam dua pertemuan pada 2021/2022.

Dia yang berusia 30 tahun itu sempat mencetak hatrik ke gawang David de Gea untuk membantu Liverpool memalukan United 5-0 di halamannya sendiri pada Oktober lalu.

Kini, pemerhati ternanti-nanti apakah Salah kembali menemui rentak dan mengguriskan hati United pada perlawanan yang berkemungkinan diboikot sekelompok peminat setia tuan rumah.

Author

Pilihan Editor