HomeHiburanSiti Saleha buka hati, namun hati-hati, untuk yang berminat

Siti Saleha buka hati, namun hati-hati, untuk yang berminat

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Siti Saleha mengakui akan lebih berhati-hati memilih pasangan baharu dalam hidup.

Meskipun kini bahagia hidup solo, pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum, 32, berdarah kacukan Melayu Inggeris itu, tidak menolak jika ada yang mahu berkenalan dengannya.

Berkongsi ciri-ciri lelaki pilihan, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu ringkas menyatakan, lelaki yang baik.

“Saya dah sedia untuk teruskan kehidupan akan datang. Cuma kalau ada (lelaki) memang sedia untuk berkenalan.

“Kita tunggu sahaja bagaimana orangnya. Saya doa pada Tuhan, kali ini lelaki yang boleh jadi suami yang baik,” katanya kepada MEDIA VARIASI mengulas perkembangan terbaharunya, ketika ditemui di Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini, baru-baru ini.

Siti Saleha tetap ceria dan positif meneruskan kehidupannya, meskipun masih mengambil masa untuk melupakan perkahwinan yang dibina selama empat tahun.

“Saya mahu bangkit dan teruskan kehidupan. Cuma saya (cerai) masih baharu lagi, dan saya pun masih berbaik dengan bekas suami,” katanya yang mengakui menerima sokongan padu terhadapnya.

Wanita cantik yang juga adik kepada Sam Bunkface itu bagaimanapun menafikan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Siti Saleha sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada Januari 2022.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Author

Pilihan Editor