HomeMV+EksklusifSRIKANDI selamatkan dua kanak-kanak hamba seks warga asing

SRIKANDI selamatkan dua kanak-kanak hamba seks warga asing

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) berjaya selamatkan dua kanak-kanak daripada terus menjadi hamba seks warga asing berjiran dengan mereka.

Lagi berita Eksklusif: Wartawan MEDIA VARIASI tenangkan wanita dirogol putus asa hidup

Presidennya, Datuk Norasyikin Abdul Ghani berkata, mangsa adalah adik beradik berusia 11 tahun dan lapan tahun warga Indonesia yang kematian ibu mereka sejak Mei lalu.

“Kejadian rogol itu diceritakan semula oleh dua beradik berkenaan kepada bapa mereka yang baharu tiba di Malaysia dari Indonesia.

“Kejadian itu berlangsung sejak tiga tahun lalu di rumah kongsi, Chow Kit dan pelakunya dipercayai jiran mereka sendiri.

“Seorang lelaki Indonesia usia lingkungan 60-an dan seorang lagi Bangladesh berusia lingkungan 30-an telah menjadikan kanak-kanak berkenaan hamba seks mereka di kediaman tersebut,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Lagi berita Eksklusif: Wartawan MEDIA VARIASI tenangkan wanita dirogol putus asa hidup

Kejadian ini dimaklumkan kepada unit khas SRIKANDI kerana bapa mereka bimbang untuk membuat laporan polis berikutan tiada dokumen perjalanan lengkap bagi kesemua beranak itu.

Norasyikin telah membawa mangsa-mangsa ke Balai Polis Chow Kit dan membuat satu laporan polis di sana.

Tambah Norasyikin, walaupun mereka ‘kosong’ mereka perlu rasa selamat di negara ini dan perbuatan rogol itu perlu dihentikan.

Lagi berita Eksklusif: Wartawan MEDIA VARIASI tenangkan wanita dirogol putus asa hidup

“Kita tidak tahu siapa lagi mangsa, jika tindakan ini tidak dihentikan tak mustahil rakyat kita juga boleh jadi mangsa.

“Walaupun mereka warga asing, atas dasar kemanusiaan kita kena bantu, lagikan kucing tepi jalan kita bantu inikan manusia.

“Dua pelakunya sudah ditahan dan dalam siasatan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya ketika dihubungi MEDIA VARIASI mengesahkan laporan itu dibuat.

“Kes sedang disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur,” katanya.

Lagi berita Eksklusif: Wartawan MEDIA VARIASI tenangkan wanita dirogol putus asa hidup

Author

Pilihan Editor