KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Murugan Savaranan menjelaskan pihaknya tidak menerima maklumat mengenai ada penjawat awam yang datang dari Projek IC.
“Setakat saya tahu tiada,” katanya ringkas ketika ditanya adakah Kementerian Sumber Manusia mendapat sebarang maklumat mengenai penjawatan penting menggunakan MyKad dari Projek IC.
Ketika ditanya lagi adakah laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) bahawa Tiada Projek IC di Sabah itu adalah bukan maklumat benar dan diselewengkan, katanya ia bukan bidang kuasanya untuk menjawab.
“Mengenai isu Projek IC era Dr Mahathir jangan tanya saya, saya tak nak komen,” katanya lagi pada MEDIA VARIASI.
Beliau hadir ke Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kali ke- 23 (COSH 2022) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Saravanan sebelum ini mengulas isu MyKad Ketua MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir yang pada pendapatnya adalah tulen walaupun dari Projek IC era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Peer dikatakan mendapat dokumen pengenalan diri secara tidak sah selepas beberapa tahun berhijrah dari India ke Sabah.
Susulan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berjanji akan menyiasat perkara itu.