HomeBeritaUM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan pihaknya mencuri hasil penyelidikan seorang penuntut pascasiswazah, yang tular di media sosial.

Kisah penuntut berkenaan, Abbod Ali Mohammed Saeed, 34, dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum tular.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: KPT tunggu laporan penuh UM

UM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menafikan tuduhan yang tular di platform media sosial oleh seorang calon doktor falsafah (PhD) antarabangsa bahawa kajian penyelidikan beliau telah diambil oleh penyelia beliau tanpa kebenaran.

“Adalah dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah merupakan hak milik universiti,” demikian kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, UM berkata menjadi dasar institusi pengajian bahawa semua penyelidikan yang dijalankan menggunakan kemudahannya adalah menjadi milik UM.

UM berkata universiti itu telah membantu Abbod Ali dalam menamatkan pengajian kedoktorannya, termasuk melanjutkan tempoh pengajiannya selama maksimum 12 semester, di bawah tajaan yuran.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

“Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu beliau.

“Namun calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi,” katanya.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, Abbod Ali dari Yaman mendakwa dirinya dibuang Universiti Malaya, idea dan data kajiannya dicuri.

Abbod Ali sudah membuat laporan polis dan membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa dua penyelianya telah menggunakan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Abbod Ali mendakwa sistem, kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program terbabit.

Dia turut mendakwa memiliki semua bukti dan dokumen yang mengesahkan idea, cadangan, kertas kerja dan data kajian adalah miliknya.

Bukan itu sahaja, dia juga mengemukakan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah lapan bulan aduannya kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mendapat maklum balas.

Abbod dalam kajiannya, dilaporkan pada tahun 2015, memberi solusi kepada isu pengangkutan yang belum pernah ada di Malaysia iaitu menggunakan pengimbas Meshlium untuk mengesan kenderaan.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Bagaimanapun, Abbod Ali ketika dihubungi MEDIA VARIASI mengesahkan tiada mana-mana pihak yang menghubungi dirinya untuk mendapatkan pengesahan.

Berikut adalah KRONOLOGI KES PENUNTUT PhD UM DIBUANG, HASIL KERJA DICURI

2015 – Abbod beri cadangan pengimbas AITS untuk topik PhD

2016 – Setuju perkongsian hak paten melalui sokongan sebuah syarikat penyelidikan UM.

Penyelia memohon UM Living Lab Grant Programme guna projek PhD penuntut.

Penyelia tawar kerja sepenuh masa sebagai pembangun IT, ditolak Abbod.

Abbod mohon pembantu teknikal.

2017 –  Nama pengguna (username) dan kata laluan bagi pengimbas dan laman web pembangunan sistem ditukar, sejurus sistem, eksperimen Abbod selesai

Penyelia dakwa peralatan untuk pembangunan sistem dimiliki syarikatnya, bukan milik UM.

Abbod diminta siapkan baki projek.

Abbod berasa dia ditipu, sistem dan data PhD dicuri.

2019 – Penyelia minta Abbod siapkan eksperimen tanpa bekalan peralatan.

Isu diadukan kepada pengurusan fakulti.

2021 – Aduan dibuat kepada pengurusan tertinggi fakulti.

2022- Dipercayai wujud salah guna kuasa untuk menghentikan Abbod daripada pengajian melalui laporan palsu.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Berita berkaitan: Isu calon PhD: KPT tunggu laporan penuh UM

Author

Pilihan Editor