KUALA LIPIS: Bahaya fitnah boleh menimbulkan kebencian orang terhadap pihak yang ditohmah.
Kadang-kadang orang yang dibenci itu adalah orang yang tidak dikenali, hanya mendengar cerita dari pihak yang menyampaikan.
Hari ini dunia warganet sekali lagi gempar apabila seorang ustaz dipukul dipercayai kerana fitnah disampaikan oleh salah seorang pelajar di Maahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah Kg Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang.
Perbuatan itu telah dirakam dan ditularkan di media sosial yang memperlihatkan seorang lelaki tidak berpakaian sedang marah dan memukul ustaz berkenaan.
Difahamkan insiden berlaku atas rasa tidak puas hati kerana anak suadaranya kena buli di sekolah tahfiz tersebut.
Bagaimanapun isu sebenar dikatakan pelajar berkenaan berhutang dengan ustaz itu sebanyak RM200 tetapi memaklumkan kepada bapa saudaranya bahawa dia dibuli.
MEDIA VARIASI sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kisah yang ditularkan ini.