OLEH: FATTAH RAZZAQ
KUALA LUMPUR: Penyanyi adik-beradik, Ziana dan Anuar Zain berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert serupa di Singapura pada 24 September depan.
Pengumuman itu dibuat selepas kejayaan Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur malam Sabtu lalu.
Kali terakhir membuat konsert bersama di Singapura sekitar 12 tahun lalu.
Sementara itu, Kira-kira 2,800 penonton, termasuk peminat dari Singapura memenuhi Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala bagi menyaksikan gabungan pasangan adik-beradik itu beraksi di atas pentas.
Peminat dihiburkan dengan lagu-lagu popular Anuar dan Ziana seperti Sangkar Cinta, Bila Resah, Puncak Kasih, Ketulusan Hati, Mungkin, Sedetik Lebih, Angggapanmu, Menadah Gerimis, Madah Berhelah dan banyak lagi.
Apa yang menakjubkan, usia 54 tahun tidak menghalang Ziana membuktikan dia masih bertenaga di atas pentas persembahan dengan nyanyian bernada tinggi.
Anuar pula yang berusia 52 tahun kekal sebagai penyanyi lelaki senior sepertinya mampu bertahan lama dalam industri muzik dan lagu-lagu malar hijau masih diminati ramai.