KUALA LUMPUR: Seorang polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia melihat Emilia Hanafi menangis, menunjukkan kesan lebam dan mengadu dicekik di lehernya dalam kejadian pukul oleh bekas suami, SM Faisal SM Nasimuddin.
Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi
Pegawai Am dari Balai Polis Sri Hartamas, Koperal Mahmood Riad Mohd Noor berkata, semasa Datin (Emilia) tiba di balai pada kali pertama, dia menangis dan memberitahu bahawa dia telah dicekik di bahagian leher dan dipukul sambil menunjukkan kesan lebam pada tubuhnya.
“Semasa saya mengambil laporan polis perempuan tersebut (Emilia), saya nampak kecederaan di tubuhnya dengan jelas. Terdapat kesan lebam tetapi saya tidak ingat di bahagian mana,” katanya ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Majistret Nadia Othman, hari ini.
Jutawan SM Faisal selaku orang kena tuduh (OKT) diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala peguam pemerhati, Nizam Bashir dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia hadir bagi pihak Emilia.
Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi
SM Faisal hadir ke kandang OKT dengan memakai baju T dan seluar jeans.
Bagaimanapun, Akberdin pula berulang kali mengasak saksi pendakwaan kelima itu dengan menyoal pakaian Emilia ketika hadir membuat laporan polis iaitu dengan baju T lengan pendek.
Terdahulu, semasa saksi pendakwaan keempat, pemandu kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sarjan Saleh Omar Osman dipanggil beri keterangan semula, dia ditunjukkan lapan gambar dan ditanya Akberdin adakah dia nampak kesan lebam di badan SM Faisal selepas berlaku pergaduhan itu.
Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi
Saksi mendakwa tidak nampak kesan lebam di keping kecederaan SM Faisal pada lengan, leher, dahi dan lutut.
Akberdin berkata, pada hari sama kejadian ada laporan polis dibuat oleh SM Faisal mengenai kecederaan dialaminya dalam pergaduhan itu.
Mengikut pertuduhan, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang juga isterinya ketika itu, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang, pada 22 November 2015.
Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Jun lalu, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana didakwa gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengenai tarikh lawatan tiga anaknya dan wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lalu.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin meminta Mahmood membuat pengecaman wajah Emilia Hanafi sebagai mangsa dan SM Faisal sebagai suspek.
Perbicaraan ditangguh ke Rabu ini.