HomeBeritaKenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? - Sekretariat Gabungan NGO Selangor

Kenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? – Sekretariat Gabungan NGO Selangor

PETALING JAYA: Sebarang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan berorientasikan keuntungan.

Berita berkaitan: Caprice nasihat mangsa dera tampil bantu yang lain

Walaupun banyak NGO yang benar-benar berusaha membantu golongan memerlukan, namun ada juga yang dilihat ingin mengaut keuntungan.

Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Datuk Nazilah Idris menjelaskan, NGO mesti berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak berorientasikan keuntungan.

Bagaimanapun, Nazilah mempertikai Pertubuhan Kebajikan Darussolihin menggunakan nama Madrasah Darussolihin yang kononnya mempunyai unsur agama.

Berita berkaitan: Caprice nasihat mangsa dera tampil bantu yang lain

Malah, ia dikatakan berorientasi keuntungan berdasarkan transaksi resit ibu kepada pelajar yang mendakwa didera ala militan di madrasah berkenaan ke akaun persendirian milik mudir.

“Kalau pusat jagaan macam ini, dikategorikan pusat jagaan, tapi diletakkan madrasah nak tunjuk ada unsur agama.

“Kalau daftar bawah RoS, tak boleh berorientasi keuntungan. Jadi, tak boleh mengutip duit, tidak ada kebenaran mengutip duit, sebab itu dia (madrasah) guna akaun persendirian.”

“Ini pun satu kesalahan, yang boleh pihak berkuasa ambil sebagai bukti bahawa tempat ini melakukan operasi tidak berada di landasan undang-undang,” katanya.

Berita berkaitan: Caprice nasihat mangsa dera tampil bantu yang lain

Beliau berkata demikian pada sidang media pendedahan ibu dan pelajar yang mendakwa didera ala militan di sebuah madrasah di Shah Alam, di sini.

Ibu kepada pelajar itu telah membuat aduan kepada RoS dengan menunjukkan bukti resit bulanan sebanyak RM630 dan deposit RM1,790 kepada akaun peribadi.

Nazilah juga menggesa RoS untuk mengambil tindakan kepada pertubuhan madrasah terbabit kerana beroperasi sejak 20 tahun lalu, namun berdaftar pada 2018.

“Ini penyalahgunaan pertubuhan. Maknanya, dia (madrasah) buat secara haram,” katanya.

Berita berkaitan: Caprice nasihat mangsa dera tampil bantu yang lain

Author

Pilihan Editor