HomeBeritaKes buang bayi di tepi jalan Kuching-Serian menyedihkan

Kes buang bayi di tepi jalan Kuching-Serian menyedihkan

Oleh: ARRIANE ZAYNE

SAMARAHAN: Kes buang bayi baru lahir di tepi jalan baru-baru ini adalah perkara yang menyedihkan, kata Menteri Wanita, Pembangunan Kesejahteraan Kanak-kanak dan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Bayi lelaki malang itu dipercayai baru beberapa hari dilahirkan dijumpai ditinggalkan berhampiran sebuah rumah di Batu 9 Jalan Kuching-Serian, Sarawak malam Jumaat.

“Perkara ini menyedihkan sebab bila bayi ditinggal ditepi jalan ia akan mengundang bahaya kepada keselamatan bayi,” kata Fatimah kepada MEDIA VARIASI hari ini.

Menurut Fatimah kes sebegini berlaku apabila pasangan terlibat telah melaku seks luar nikah sehingga menyebab kehamilan.

“Mereka ini tidak mahu ibu bapa, keluarga dan masyarakat tahu tentang perbuatan mereka,” ujarnya.

Jelas Fatimah lagi menerusi program Advokasi Elak kehamilan remaja dalam kalangan belia, Kementerian selain daripada berkongsi tentang bahaya kehamilan remaja, pihaknya turut menekankan langkah pencegahan.

Program berkenaan tegasnya turut memaklumkan di mana tempat selamat untuk dituju sekiranya berlaku kehamilan luar nikah.

“Perbuatan ini taboo dalam masyarakat kita dan ia menyalahi dari segi agama dan adat tradisi maka ‘stigmatization’ akan berlaku terhadap mereka,” jelasnya.

Amat menyedihkan lagi kata Fatimah status kewarganegaraan bayi tidak berdosa itu turut dipersoalkan juga.

“Dalam ruang kewarganegaraan sijil lahir bayi akan dicatat STATUS KEWARGANEGARAAN BELUM DITENTUKAN,” katanya lagi ia akan menimbul kerumitan bagi anak tidak berdosa itu untuk mendapat kemudahan yang biasa dinikmati sebagai rakyat Malaysia.

Minggu lalu Sarawak dikecohkan dengan penemuan bayi lelaki setelah penghuni rumah mendengar tangisan bayi di luar kediaman mereka.

Bertindak keluar menyelamatkan bayi itu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Sementara Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan untuk mengesan ibu bapa bayi terbabit.

Author

Pilihan Editor