HomeMV+BongkarSistem 'halimunan' terima 'direct nego' RM40 juta?

Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

KUALA LUMPUR: Projek rundingan terus (direct nego atau tanpa perlu tender terbuka) khususnya membabitkan pembekalan sistem sebenarnya membuka banyak ruang untuk penyelewengan.

Berita berkaitan: Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

Penyelewengan ini atau dalam bahasa mudah awam ‘kelepet’ dana kerajaan  berlaku kerana terdapat ‘loop hole’ dalam prosidur pemberian projek.

Seorang bekas pengarah syarikat Srimelan Sdn Bhd, Nor Aina Arbi yang pernah terbabit dalam projek rundingan terus tampil mendedahkan ‘loop hole’ berkenaan sehingga nyaris duit kerajaan ‘dikelepet’ sebanyak RM40 juta.

“Ia ada projek membekalkan Virtual Autopsy Technology (VAT) atau dikenali Digital Autopsy Diagnostic Station (DADS) iaitu kenal pasti punca tanpa perlu bedah mayat kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali PPUKM) pada 2009.

Berita berkaitan: Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

“Peruntukan RM40 juta ini adalah dari Pakej Rangsangan Ekonomi ll (PRE II).

“Kelompongan berlaku apabila tiada semakan atau penelitian terlebih dahulu ke atas produk VAT ini sebelum rundingan terus diberikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) ketika itu.

“Kemungkinan bersandarkan laporan media The Edge yang disiarkan pada 22 Oktober 2009 di mana syarikat Info Valley Sdn Bhd mendakwa berkeupayaan menyediakan  sistem VAT menyebabkan ia ditawarkan projek secara rundingan terus dari MOF.

Berita berkaitan: Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

“Menurut laporan itu, Info Valley mendakwa membangunkan sistem VAT sejak 2004, dan dianugerahkan kontrak dari Kementerian Kesihatan dengan geran  RM5.42 juta dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Projek rundingan terus berkenaan bagaimanapun dibatalkan gara-gara Info Valley gagal membuat demonstrasi produk bagi memperoleh peruntukan bernilai RM40 juta terbabit,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Surat dari UKM kepada Srimelan Sdn Bhd menunjukkan kegagalan syarikat Info Valley demonstrasi sistem VAT.

Berita berkaitan: Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

Mendedahkan lanjut perkara itu, Nor Aina berkata, Info Valley gagal hadir tunjuk produk selepas beberapa kali perbincangan dengan PPUKM sejak 2009.

“Walau ‘tanpa produk’, syarikat itu telah meminta MOF pada 13 April 2010 agar membekal terus sistem VAT kepada HUKM dengan mengenepikan syarikat Srimelan Sdn Bhd.”

“Pada 24 Mei 2010 bendahari UKM menyerahkan dokumen spesifikasi teknikal bagi perolehan VAT/DADS kepada Srimelan Sdn Bhd untuk kemukakan harga.

“Pada 14 Jun 2010, MOF mengasingkan pemerolehan projek menerusi ‘direct nego’ iaitu projek membekalkan perisian VAT kepada Info Valley manakala projek membekalkan perkakasan kepada Srimelan Sdn Bhd.

Berita berkaitan: Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

“Namun, 17 Jun 2010, Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi PPUKM tidak setuju untuk meneruskan bekerjasama dengan Info Valley kerana syarikat itu gagal menyakinkan mereka bahawa produk perisian itu wujud,” katanya.

Namun Nor Aina mempersoalkan bagaimana syarikat itu sebelum ini mendapat geran lebih RM5 juta dan boleh mendapat ‘direct nego’ ini jika produknya tiada.

MEDIA VARIASI telah menghubungi Info Valley Sdn Bhd dan PPUKM berhubung isu ini namun mereka tidak memberi sebarang maklum balas.

Berita berkaitan: Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

Author

Pilihan Editor