PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Madrasah Darussolihin akui 20 tahun operasi secara ‘haram’
Berita berkaitan: Pelajar madrasah dakwa didera ala ‘militan’
“Kes madrasah itu di bawah siasatan polis, laporan polis ke atasnya sudah ada.
“Pihak penguat kuasa agama negeri juga akan ambil tindakan sewajarnya, kita sudah serahkan kepada mereka.
“Saya ingin mengingatkan jangan salah guna nama agama, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.”
“Nasihat saya, harapan saya kena jaga baik-baik nama pondok ke tahfiz ke ustad ke kerana orang akan ingat.
“Kita buat baik banyak pun orang tak kisah tetapi kalau salah sikit orang akan ingat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial di JAKIM di sini hari ini.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Madrasah Darussolihin akui 20 tahun operasi secara ‘haram’
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti rawatan Islam di madrasah di Shah Alam, yang dilaporkan MEDIA VARIASI.
Susulan pendedahan itu dimaklumkan, madrasah berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Dokumen perjanjian surat aku janji yang ditandatangani pihak ibu bapa dan institusi, dipercayai tidak sah.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Madrasah Darussolihin akui 20 tahun operasi secara ‘haram’
Pihak pengurusan madrasah juga menyimpan MyKad penghuni-penghuninya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.
Berita berkaitan: Madrasah militan: Madrasah Darussolihin akui 20 tahun operasi secara ‘haram’
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam kenyataan memaklumkan sedang menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah itu
Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkata, siasatan itu dibuat sebagai menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999, Suruhanjaya telah menjalankan lawatan ke madrasah.