HomeMV+BongkarMadrasah Darussolihin akui 20 tahun operasi secara 'haram'

Madrasah Darussolihin akui 20 tahun operasi secara ‘haram’

KUALA LUMPUR: Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala ‘militan’ mengesahkan merekalah yang dimaksudkan pengadu, dan mengakui tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak sejak 20 tahun lalu.

Berita berkaitan: Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Wakil Madrasah Darussolihin, Ridzuan mengesahkan madrasah berkenaan sebenarnya hanya sebuah pertubuhan.

“Saya wakil Pertubuhan Kebajikan Darussolihin berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2018, tetapi kami sudah beroperasi sejak 2002.

“Kami juga bukan berdaftar bawah Kementerian Pendidikan, orang ramai yang panggil madrasah jadi sebab itu kami pakai nama madrasah.

“Ya, kami akui tidak mendapat kelulusan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebab isu tak cukup syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).”

Berita berkaitan: Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

“Tanah madrasah ini statusnya tanah pertanian jadi memang tiada Sijil Menduduki (CF), jadi apabila tiada CF semua agensi tidak luluskan operasi kami.

“Bagaimanapun, kami sedang memohon lagi dan masih di bawah pemantauan AADK, yang biasa datang Wan Mohd Azrul dan empat ustaz dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Mungkin sebab tidak berdaftar, JAIS dan AADK kata tidak boleh ambil tindakan tetapi kita lihatlah apa hasil siasatan polis,” katanya kepada MEDIA VARIASI di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.

Berita berkaitan: Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Ridzuan hadir bersama tiga lagi wakil madrasah dan selepas sejam perbincangan dengan pihak PPIM, pihak media, dan ibu kepada pelajar madrasah yang mendakwa didera ala militan.

Dalam pada itu, wakil berkenaan, turut menyebut nama pegawai daripada AADK, Wan Mohamad Azrul bagi menguruskan pendaftaran dengan agensi.

Bagaimanapun Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Berita berkaitan: Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Susulan pendedahan itu, dimaklumkan, madrasah berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau AADK.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah berkaitan, bagi menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.

Berita berkaitan: Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Author

1 COMMENT

Pilihan Editor