Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
ERLING Haaland meneruskan prestasi luar biasanya dengan menyumbang gol dalam kemenangan 3-0 Manchester City ke atas Wolves pada awal pagi Ahad.
Pencapaian unik itu membuatkan dirinya membukukan koleksi 14 gol untuk The Citizens, hanya baru bermain 10 perlawanan di semua pertandingan dilalui.
Legenda Manchester United, Rio Ferdinand menjangkakan trofi Ballon d’Or 2023 bakal jatuh ke tangan Erling Haaland seandainya Manchester City berjaya memenangi Liga Juara-Juara.
“Jika dia dapat melanjutkan penampilan ini dan City menjuarai Liga Juara-Juara, tak ada keraguan bahawa dia akan memenangi Ballon d’Or. Tak ada akan ada yang dapat menghampirinya.
“Ketika ini angka-angka (statistik) yang dicatatnya begitu baik dan jurang terlalu jauh dengan pemain lainnya. Dia punyai kemampuan untuk memecahkan rekod kerana berada dalam pasukan yang mendominasi penuh,” kata bekas pemain pertahanan England kepada BT Sport.
Haaland dinilai berpeluang meraih Ballon d’Or 2023 tetapi mahkota tahun ini hampir pasti menjadi milik Karim Benzema setelah dia berperanan besar menghantar Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara dan La Liga.
Pemenang Ballon d’Or 2022, dan Haaland yang tersenarai akan diumumkan dalam majlis gilang gemilang pada 17 Oktober depan.