HomeBeritaMichael Ang selar netizen larang mangsa buka aib disimpan bertahun

Michael Ang selar netizen larang mangsa buka aib disimpan bertahun

KUALA LUMPUR: Pengarah sensasi, Michael Ang menyokong pendedahan Puteri Balqis yang berani tampil berkongsi derita hidupnya menjadi mangsa nafsu bapa kandung sendiri.

Beliau juga menyelar orang yang berlagak alim yang berkata tidak boleh mendedahkan aib seolah-olah menyokong pula perbuatan jenayah seks yang berleluasa ketika ini.

Kenyataan itu dimuat naik menerusi hantaran berbentuk foto, dengan kapsyen: Sekadar berkongsi pendapat dan netizen tidak perlu marah di Instagram, hari ini.

“Malaysian ini cepat gelupor eh! Ahli syurga suruh jangan bukak aib walaupun seorang mangsa pedopilia atau sexual harrasment yg bongkar kan! Seriously? (If statement mangsa tu betul la)! Kalau budak tu report aje reporter akan bongkar kan. So dia macam catch 22 (tak fhm google) Next, anak artist masuk industry terus label pakai Kabel! Apooo!!!! Sah sah kalau anak artist nak masuk industry stesen beratur nak offer sebab ada marketing value! Tak perlu kabel producer dan stesen tv akan offer dulu!,” demikian hantaran dimuat naik bapa kepada dua anak angkat itu.

Sementara itu ramai netizen meninggalkan komen di hantarannya, bersetuju dengan kenyataannya, berikutan zaman kini adalah zaman fitnah.

yana_khai_ TAPI KAN ZAMAN SEKARANG INI SEBENARNYA WAJIB CERITA APA YANG BERLAKU DI MEDIA SOSIAL….

khai_sujorinaz Zaman sekarang memang kena bagitahu depan2….dunia sekarang kan dunia fitnah… …. Dia mangsa rogol, tapi macam dia pulak salah.. Pening mat

oohrenyaiii_ Bukak aib tu aku paling angin. Dah jadi jenayah kot. Bukak aib ape nye lagi? Sampai bila nak simpan iblis kat rumah?

_fazeerayahaya Mangsa sexsual macam tu kata buka aib. Berapa lama dia simpan trauma baru nak luahkan perasaan

Author

Pilihan Editor