HomeBeritaPeguam SM Faisal mohon tangguh bicara

Peguam SM Faisal mohon tangguh bicara

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili jutawan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin minta penangguhan perbicaraan dari Mahkamah Majistret di sini hari ini berikutan ada kematian ahli keluarganya.

Berita berkaitan: Emilia mengadu dicekik, yang dipersoalkan bajunya pula

Peguam Nazri Yahya yang mewakili bekas isterinya, Emilia Hanafi berkata,
perkara itu dimaklumkan oleh pihak mahkamah yang dijadualkan hari ini untuk sambung perbicaraan.

“Sepatutnya saksi kanak-kanak dipanggil untuk disoal balas oleh peguam tertuduh, tetapi hari ini mahkamah dimaklumkan bahawa ada kecemasan dari pihak peguam Orang Kena Tuduh (OKT), Datuk Akberdin Abdul Kader.

Berita berkaitan: Emilia mengadu dicekik, yang dipersoalkan bajunya pula

“Ada kematian ahli keluarganya, pihak pembelaan memohon penangguhan, penangguhan dibenarkan Majistret Nadia Othman dengan menetapkan tarikh 20 September untuk tetapkan tarikh-tarikh perbicaraan berikutnya untuk selesaikan kes ini,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

SM Faisal memakai baju T dan seluar jeans selaku OKT hadir bersama barisan peguamnya.

Manakala peguam pemerhati, Nazri, Nizam Bashir, Sisters In Islam, WAO dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia hadir bagi pihak Emilia.

Pada Isnin lalu, seorang polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau melihat Emilia menangis, menunjukkan kesan lebam dan mengadu dicekik di lehernya dalam kejadian pukul oleh suaminya, SM Faisal.

Berita berkaitan: Emilia mengadu dicekik, yang dipersoalkan bajunya pula

Pegawai Am dari Balai Polis Sri Hartamas, Koperal Mahmood Riad Mohd Noor dalam keterangannya berkata, semasa Datin (Emilia) tiba di balai pada kali pertama, dia menangis dan memberitahu bahawa dia telah dicekik di bahagian leher dan dipukul sambil menunjukkan kesan lebam pada tubuhnya.

Katanya yang mengambil laporan polis Emilia, dia nampak kecederaan di tubuhnya dengan jelas.

Berita berkaitan: Emilia mengadu dicekik, yang dipersoalkan bajunya pula

Author

Pilihan Editor