HomeMV+BongkarSistem halimunan: Siasatan polis tak menyeluruh, Srimelan mohon siasat semula

Sistem halimunan: Siasatan polis tak menyeluruh, Srimelan mohon siasat semula

KUALA LUMPUR: Syarikat Srimelan Sdn Bhd (Srimelan) terkejut mendapati siasatan polis tidak menyeluruh terhadap kontrak tidak wujud dalam isu pembatalan projek rundingan terus (direct nego) sistem Virtual Autopsy Technology (VAT) bernilai RM40juta.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Bekas pengarah syarikat Srimelan, Nor Aina Arbi mempertikai jika kontrak tidak wujud dan produk, sistem VAT juga tak wujud bagaimana boleh syarikat Info Valley Sdn Bhd (Info Valley) menyaman Srimelan boleh mendakwa kerugian RM15juta?

“Kenapa aspek itu tidak diambil kira dalam siasatan sedangkan semua dokumen dan bukti telah diserahkan?

“Saya telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dengan tajuk Laporan Perkembangan Kes Report Sentul 20205/14 (JSJK KS 466/14 bertarikh 16/11/2015, yang disediakan PDRM adalah tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan pengadu (saya).

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

“Menurut laporan fakta kes polis, pihak PPUKM telah menamatkan kontrak tersebut. Ekoran penamatan kontrak itu, Srimelan disaman oleh Info Valley atas alasan gagal melaksanakan ‘award’ diberi.

“Award ini tidak pernah wujud kerana daripada bukti emel daripada Info Valley pada 1 Oktober 2009 meminta Srimelan untuk pergi dapatkan ‘Purchase Order’.”

“Sehubungan itu, saya minta kes ini dibuka semula,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan eksklusif, Nor Aina mendedahkan wujud kelompongan dalam prosedur projek rundingan terus (direct nego) yang menyebabkan duit kerajaan ‘dikelepet’ sebanyak RM40juta.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Peruntukan RM40 juta itu adalah daripada Pakej Rangsangan Ekonomi ll (PRE II) bagi pembekalan sistem VAT/DADS kepada unit forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 2009.

Kelompongan berlaku apabila tiada semakan atau penelitian terlebih dahulu ke atas produk VAT ini sebelum rundingan terus diberikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) ketika itu.

Nor Aina mendedahkan kemungkinan, bersandarkan laporan media The Edge siaran 22 Oktober 2009 menyatakan Info Valley mendakwa berkeupayaan menyediakan produk VAT menyebabkan ia ditawarkan projek secara rundingan terus daripada MOF.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Menurut laporan itu, Info Valley mendakwa membangunkan sistem VAT sejak 2004, dan dianugerahkan kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) dengan geran RM5.42juta daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

VAT atau dikenali Digital Autopsy Diagnostic Station (DADS) adalah sistem kenal pasti punca kematian tanpa perlu bedah mayat dikatakan produk milik Info Valley, manakala Srimelan dilantik sebagai ejen pemasarannya perlu dibekalkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 2009.

Bagaimanapun, Nor Aina kemudian mendedahkan pihaknya terkejut apabila tiba-tiba menerima notis saman sedangkan Info Valley dipercayai gagal melakukan demonstrasi produk sistem VAT dalam beberapa siri perbincangan dengan HUKM (kini PPUKM) melalui surat Bendahari UKM bertarikh 12 Januari 2010.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Ekoran daripada itu, Srimelan disaman RM15juta susulan pembatalan projek rundingan terus VAT berkenaan.

MEDIA VARIASI juga telah menghubungi pihak Info Valley dan PPUKM berhubung isu ini namun mereka tidak memberi sebarang maklum balas.

Author

Pilihan Editor