KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon era 1980-an, Aman Shah, 68, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat komplikasi jantung, pada 2.15 petang tadi.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata jenazah kini berada di IJN bagiĀ urusan bedah siasat dan akan dibawa ke Masjid Alam Damai Cheras untuk disolatkan sebelumĀ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, dijangka selepas solat Asar.
“Seluruh kepimpinan tertinggi dan barisan exco SenimanĀ mengucapkan takziah buat ahli keluarga, semoga tabahĀ hadapi ujian ini,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Aman Shah yang dilahirkan pada 1954 di Johor Bahru, menjadi pelakon danĀ penyanyi sejak 1979 selainĀ mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada 1980 hingga 1987.
Antara filem lakonan Allahyarham adalah Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila, manakala lagu popularnya termasuk Kepulangan Yang Dinanti yang sering berkumandang setiap kali menjelang Aidilfitri.Ā – BERNAMA