BEKAS penyerang The Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang mendakwa pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak boleh mengendalikan ‘pemain besar’ serta beliau menerima layanan yang tidak adil sebelum meninggalkan pada musim pertengahan jendela perpindahan Januari lalu.
Aubameyang yang merupakan kapten Arsenal membawa kejuaraan Piala FA 2020 pada musim pertama Arteta bersama Arsenal telah dilucutkan jawatan ekoran masalah disiplin.
Kedudukan Aubameyang bersama pasukan The Gunners telah terkubur setelah dihantar untuk berlatih bersama pasukan simpanan dan seterusnya berpindah keluar ke pasukan Barcelona secara percuma.
Ketika ditanya mengenai tentang perpindahan keluarnya dari pasukan Arsenal, Aubemeyang meluahkan rasa tidak puas hati kepada Arteta cara pengurusannya terhadap ‘pemain besar’ di pasukan Arsenal.
“Beliau (Arteta) tidak dapat menguruskan pemain besar dalam pasukan Arsenal.
“Dia (Arteta) memerlukan beberapa pemain muda, yang tidak berkata apa-apa, mereka hanya mendengar padanya,” ujarnya.
Prestasi Aubameyang dilihat suram selepas menandatangani kontrak lanjutan dengan gaji lumayan £250,000 seminggu.
Susulan masalah kewangan FC Barcelona, telah membuka jalan Aubameyang kembali bermain di kota London dengan menyertai pasukan Chelsea FC pada jendela musim perpindahan yang lalu dengan yuran perpindahan £10 juta.