HomePendidikanDua pelajar GiatMARA lakar kejayaan di bumi Finland

Dua pelajar GiatMARA lakar kejayaan di bumi Finland

CYBERJAYA: Dua pelajar GiatMARA berjaya mengharumkan nama Malaysia menerusi pertandingan Worldskill 2022 Special Edition di Finland baru-baru ini.

Nur Izzah Sofiya Mat Khalit berjaya mendapat Medallion for Excellent bagi bidang Fashion Therapy manakala Nur Aliah Nadhirah Yusri pula, berjaya meletakkan dirinya di tangga 10 terbaik dunia bagi bidang Beauty Therapy.

“Mereka juga berjaya menandingi peserta dari 15 negara dengan 61 jenis kemahiran yang dianjurkan oleh Worldskills International (WSI).

“Nur Izzah Sofiya merupakan peserta daripada GiatMARA Kuala Lumpur dan Nur Aliah daripada GiatMARA Prima Tasek Gelugor telah bertungkus-lumus membuat persiapan dan menyiapkan tugasan pertandingan bermula 16 sehingga 25 Oktober 2022,” kongsi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Facebook hari ini.

Pada masa sama, MARA turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jurulatih bagi kedua wanita berkenaan yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam membimbing dan beri sokongan moral kepada mereka.

Jelasnya, prestasi yang cemerlang itu mengharumkan nama Malaysia di bumi Finland sekali gus mempamerkan kepada dunia bahawa GiatMARA adalah setaraf dunia.

Author

Pilihan Editor