TEHRAN: Menteri Petroleum Iran, Javad Owji berkata pada Ahad, Iran sudah memulakan proses menapis minyak mentahnya di Venezuela, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SHANA.
Beliau berkata kira-kira 100,000 tong minyak mentah diproses sehari di kilang penapisan El Palito Venezuela.
“Ini impian 43 tahun dahulu yang direalisasikan melalui usaha rakan-rakan saya di Syarikat Penapisan dan Pengedaran Minyak Iran Kebangsaan (NIORDC),” katanya.
Ketua NIORDC Jalil Salari berkata usaha untuk mengembangkan projek penapisan Iran di luar negara sedang dilaksanakan.
Sementara itu, Iran turut menandatangani kontrak bernilai US$116 juta dengan firma minyak negara Venezuela PDVSA pada Mei untuk memulihkan dan mengembangkan operasi kilang penapisannya. – BERNAMA