HomeMV+EksklusifIsu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam - Peguam

Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam

KUALA LUMPUR: Seorang peguam pemerhati isu penderaan di madrasah tidak berdaftar berpendapat isu berkenaan telah disalah tafsir dan disalahkaitkan dengan sentimen agama.

Berita berkaitan: GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

Nizam Bashir dari firma Nizam Bashir & Associates mengulas sidang media yang diadakan oleh PERKID dan pihak premis yang menjalankan pusat pemulihan tidak diwartakan pada malam Khamis lalu.

Sidang media itu berhubung laporan MEDIA VARIASI mengenai dakwaan penderaan di premis berkenaan.

“Isu yang diketengahkan oleh MEDIA VARIASI adalah nasib seorang ibu yang ada hak menyelamatkan anaknya, isu madrasah yang tidak berdaftar, isu pusat pemulihan tidak diwartakan, isu pelanggaran hak asasi manusia, isu penderaan yang dirangkumkan sebagai isu kepentingan dan keselamatan awam.

Berita berkaitan: GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

“Apabila tiada kelulusan, siapa pantau apa-apa aktiviti dilakukan di dalam premis itu?

“Sebagai pertubuhan, sememangnya kena tengok perlembagaan pertubuhan bagi menjalankan aktiviti, tetapi bila berkaitan dengan agama, ia juga ada kaitan dengan bidang kuasa majlis agama negeri.

“Dari segi pemulihan dadah, ia di bawah badan lain, kalau tak diwartakan, tak boleh jalankan aktiviti juga. Jadi, bab agama tak boleh (beroperasi), bab pemulihan dadah pun tak boleh,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

Jelasnya, undang-undang sedia ada diwujudkan bagi menetapkan keperluan premis untuk berdaftar untuk beroperasi.

“Kena warta, jadi kena ikutlah. Kenapa tak ikut? Setahu saya institusi agama dalam perkara tertentu juga terikat dengan undang-undang sivil.”

“Contoh yang paling mudah semua pihak mesti menepati Perlembagaan Persekutuan (khususnya apabila wujud pertembungan hak dengan pihak lain).

“Dalam hal ini kena tanya majlis agama negeri, kenapa majlis agama negeri tak siasat. Kenapa MEDIA VARIASI siasat?” katanya.

Berita berkaitan: GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

Jelasnya lagi, mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988, sebuah sekolah agama menempatkan lebih 20 orang perlu daftar di Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

“Sebuah pusat pemulihan juga diwartakan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Seterusnya, sebuah rumah perlindungan perlu didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi lain terbabit dalam modul adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berita berkaitan: GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

“Jika ia berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), ia mestilah mendapat kelulusan aktiviti apa yang dilakukan di bawahnya, modul latihan apa yang digunakan dan sebagainya.”

“Contohnya sekolah didaftar, kerana pihak berkuasa dan masyarakat kita wajar memantau modul ajaran yang diajar dan menentukan sama ada ia menepati atau bertentangan ajaran Islam. Apatah lagi kepentingan dan kemaslahatan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Berita berkaitan: GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

Author

Pilihan Editor