HomeBeritaGTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

GTA gesa Bukit Aman, MKN, SPRM siasat madrasah, individu berkepentingan

GOMBAK: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat dengan mendalam berhubung madrasah, individu berkepentingan di Jalan Kebun, Shah Alam yang tular ketika ini.

Berita berkaitan: Tiada kompromi kepada madrasah jalankan penderaan kepada penghuni

Penggerak Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah menyifatkan isu yang berlaku dilihat merumitkan keadaan terutama rakyat Malaysia yang ingin tahu situasi sebenar.

“Berkenaan isu madrasah, kerajaan perlu pandang lebih serius sebelum ia jadi kes lebih besar lagi. Hari ini kita lihat kes ini ada complicated sikit, ia bukan isu agama Islam tetapi isu keselamatan dan perundangan.”

“Jadi saya mintak pihak Bukit Aman (PDRM), tubuhkan satu pasukan khas turun padang siasat habis-habisan apa yang berlaku di kawasan madrasah,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI, di sini.

Berita berkaitan: Tiada kompromi kepada madrasah jalankan penderaan kepada penghuni

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu juga turut meminta pihak MKN dan SPRM terlibat menyiasat isu berkenaan.

“Kedua, saya minta MKN perlu ambil berat isu ini dan SPRM, mungkin ada unsur rasuah untuk melindungi pihak tertentu dalam isu ini, ini yang kita lihatlah.

“Saya difahamkan untuk yuran bulan mencecah RM630 sebulan masuk ke akaun peribadi pengetua bagi seorang penghuni, jika 200 penghuni beratus ribu boleh dikutip secara bulanan.

“Siasatan perlu dijalankan tanpa ada kepentingan kerana ia melibatkan nyawa dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan: Tiada kompromi kepada madrasah jalankan penderaan kepada penghuni

Author

Pilihan Editor