HomeGaya HidupIzara Aishah jayakan Sabella Royal Batik

Izara Aishah jayakan Sabella Royal Batik

KUALA LUMPUR: Pemilik nama Izara Aishah masih menjadi buruan jenama-jenama fesyen dan kecantikan untuk membawa produk mereka agar lebih dikenali.

Walaupun mengurangkan aktiviti seninya demi fokus kepada anak-anak dan suami namun Izara tidak menolak untuk terbabit dalam projek yang tidak menjejaskan kualiti masa bersama keluarga tercintanya.

Ciri seorang ibu dan wanita bekerjaya antara faktor jenama Sabella melamar pelakon jelita itu bagi menyertai kempen terbaharunya.

“Saya telah dilamar untuk sertai kempen koleksi baharu Sabella Royal Batik, jenama yang terkenal dengan tagline Baju Kurung Tak Tanpa Gosok.

“Lawa dan tidak perlu ambil masa lama untuk bersiap, sesuai untuk ibu dan wanita sibuk,” puji Izara selepas menyarungkan koleksi terbaharu Sabella.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman mengakui ada ramai nama artis wanita dalam senarai tetapi Izara lebih sesuai untuk kempen kali ini.

“Tidak dinafikan, sejak dia membuat penghijrahan, penampilan Izara sentiasa menjadi perhatian ramai.

“Malah, kualiti yang kami ketengahkan selama ini pastinya bertepatan dengan cita rasa Izara seterusnya untuk seluruh masyarakat dan pelangggan setia Sabella khususnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Izara Aishah menggayakan salah satu koleksi Sabella Royal Batik. Sumber foto : Sabella

Menurut Mohd Sufian, jalinan kerjasama dengan nama dikenali seperti Izara merupakan satu lagi penghargaan buat Sabella.

“Alhamdulillah, kesudian Izara untuk bekerjasama dengan dalam menjayakan kempen koleksi terbaharu ini sangat kami hargai.

Izara Aishah menggayakan salah satu koleksi Sabella Royal Batik. Sumber foto : Sabella

“Ia satu lagi pengalaman berharga buat pasukan Sabella. Dia sangat profesional, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya.

Author

Pilihan Editor