SKUAD B-17 Malaysia berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Bola Sepak Piala Asia B-17 2023 selepas menewaskan Indonesia dengan mata 5-1 dalam pusingan kelayakan kumpulan B.
Skuad Harimau Muda berjaya memperoleh lima gol tanpa dibolosi pihak lawan sepanjang mereka beraksi dalam babak pertama pusingan kelayakan di Stadium Pakansari, Bogor pada Ahad.
Lima gol tersebut dihasilkan pemain Zainurhakimi Zain pada minit ke-17, Arami Wafiy Zakimi pada minit ke-20, Anjasmirza Saharudin pada minit ke-23, Afiq Danish Zulkifli pada minit ke-26 dan Arami Wafiy pada minit ke-38.
Sementara itu, Indonesia memperoleh satu mata melalui jaringan gol Arkhan Kaka Putra dalam waktu kecederaan.
Kemenangan ini mengesahkan kelayakan Malaysia ke kejohanan utama tahun depan, menjuarai saingan Kumpulan B dengan 10 mata daripada empat perlawanan dan satu mata mengatasi Indonesia di tempat kedua.
Selepas gagal berada dalam kelompok enam teratas daripada 10 pasukan di tangga kedua terbaik, Indonesia gagal meneruskan kemaraan ke kejohanan utama.