HomeBeritaLima pegawai kadet UPNM ke Amerika sertai Program Kajian John McCain

Lima pegawai kadet UPNM ke Amerika sertai Program Kajian John McCain

KUALA LUMPUR: Lima pegawai kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sah akan ke Amerika Syarikat (AS) bagi menyertai Program Kajian John McCain Institut AS (SUSI).

Perkara itu dimaklumkan Kedutaan AS di Malaysia menerusi akaun Twitternya pada hari ini.

“Tahniah kepada lima pegawai kadet dari UPNM yang akan ke Washington, DC untuk menyertai Program Kajian John McCain Institut AS (SUSI) untuk Pemimpin Pelajar mengenai Kedaulatan Undang-undang dan Perkhidmatan Awam!” katanya.

https://twitter.com/usembassykl/status/1582171938268803072?s=20&t=sZaq-LNePHyQ9Zwu1tKknQ

Author

Pilihan Editor