HomeBerita100 kit persediaan banjir akan diagihkan AMK, Khidmat kepada rakyat

100 kit persediaan banjir akan diagihkan AMK, Khidmat kepada rakyat

PETALING JAYA: Sebanyak 100 kit persediaan banjir akan diagihkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan gerakan belia Khidmat Malaysia (Khidmat) kepada rumah-rumah yang berisiko menghadapi banjir.

Menurut AMK dan Khidmat, inisiatif tersebut merupakan salah satu satu usaha gerakan Laskar Bencana yang dilancarkan mereka pada hari ini bagi memastikan gerak kerja yang tersusun dan koordinasi yang jelas bagi mendepani bencana banjir.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, AMK menerusi menerusi Laskar Bencana turut meletakkan keutamaan dan sepenuh komitmen dalam memastikan persediaan menghadapi banjir diperkemaskan di samping bersedia menghadapai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Galang Dana AMK dilancarkan pada 5 Oktober lalu sebagai persediaan awal meraih dana awam bagi menyediakan sebanyak 100 kit persediaan asas bencana.

“Lanjutan daripada usaha tersebut, AMK akan berganding bahu bersama Khidmat iaitu satu gerakan belia yang bermatlamat menyediakan platform kepada mereka yang ingin berpartisipasi dalam kerja-kerja sukarelawan.

“Kerjasama seumpama ini adalah sangat penting bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan kedua-dua belah pihak dalam mendepani bencana banjir menerusi koordinasi serta gerak kerja yang tersusun dan berstruktur,” katanya dalam sidang media hari ini

Menurut Nabil, kerjasama AMK dan Khidmat akan memperlihatkan pembahagian gerak kerja yang jelas di mana bantuan pra-bencana akan diusahakan AMK melalui kit persediaan asas banjir.

Kit tersebut akan diagihkan menerusi pemberian Foodbank, bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan bantuan pasca bencana menerusi inisiatif mencuci serta menyediakan sokongan emosi dan kauseling pasca banjir.

“Khidmat menyasarkan penglibatan seramai 10,000 sukarelawan bagi membantu dalam misi banjir pada tahun ini dan secara rasminya melancarkan borang pendaftaran sukarelawan di pautan laman sosial Instragram, Facebook dan Twitter Khidmat,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor