HomeBeritaMAIWP anjur temuduga program tasmi', buka peluang peserta raih insentif lebih RM5,000

MAIWP anjur temuduga program tasmi’, buka peluang peserta raih insentif lebih RM5,000

 

CYBERJAYA: Seramai 450 peserta hadir menyertai temuduga program Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafazan Al-quran kategori terbuka tahun 2022 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Temuduga yang berlangsung pada Selasa dan Rabu lalu itu memberi peluang kepada peserta yang lulus ujian itu untuk meraih insentif hampir bernilai lebih RM5,000.

“Menerusi Skim Bantuan ini, peserta yang lulus ujian tasmie mengikut kategori hafazan yang ditetapkan akan diberikan insentif dimana bagi kategori 1-5 Juzuk sebanyak RM750, kategori 1-10 Juzuk sebanyak RM1,500, kategori 1-20 Juzuk sebanyak RM3,000 dan 1-30 Juzuk adalah sebanyak RM4,500.

“Skim ini merupakan insentif galakan yang diberikan kepada para huffaz Al-Quran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha MAIWP membudayakan amalan membaca dan menghafaz al-Quran di kalangan masyarakat,” maklum MAIWP menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya mengetuai pemantauan sesi temuduga bagi memastikan program Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran itu berjalan lancar.

Author

Pilihan Editor