HomeSukanMITEN2022 sasar 1,000 peserta berbasikal dari 9 negara

MITEN2022 sasar 1,000 peserta berbasikal dari 9 negara

AMPANG: Melaka International Tourism Endurance 2022 (MITEN2022), acara sukan berbasikal menyasarkan 1,000 peserta dari sembilan negara.

Acara sukan berimpak tinggi bertaraf antarabangsa itu dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Disember di Stadium Hang Jebat, Melaka nanti, membabitkan peserta bukan sahaja dari Malaysia juga negara lain.

Pengarah Program, Shaiful Akhmar Mohd Noor berkata, penyertaan pelumba luar negara membabitkan negara Singapura, Brunei, United State, Belgium, United Kingdom, Jepun, Filipina, India dan Korea.

“Hari pertama perasmian pada 10 Disember dijangka akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam.

“Hari kedua pada 11 Disember acara perlumbaan 150 kilometer dari jam 7 pagi dan juga jam 2 petang.

 

“Lebih 100 peserta luar negara dijangka akan menyertai pertandingan ini dan pendaftaran dibuka sehingga 11 Disember,” katanya pada sidang media di Hotel Grand Barakah di sini pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, kira-kira 10 penaja hadir ke majlis yang turut membabitkan nilai RM150,000.

“Kita sudah pilih, sudah kaji elak laluan banjir kita ada pelan B.

“Pada hari pertama, diadakan pameran, karnival dan agensi kerajaan ada busking sikit, pada 20 gerai 20 pempamer pertandingan kareoke, pertandingan kanak-kanak,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan lumba basikal ini boleh emel ke sekretariat.ygm@gmail.com atau whatsapp 011-51180204

Author

Pilihan Editor