HomeSukanMOTA Akademi Klang mahu jadi pencetus bakat bola sepak

MOTA Akademi Klang mahu jadi pencetus bakat bola sepak

KLANG: MOTA Akademi Klang berazam untuk membawa pembangunan akar umbi sukan bola sepak dan futsal di peringkat akar umbi dengan menggilap bakat-bakat muda dari kawasan sekitar Klang sehingga menjadi pemain bertaraf kebangsaan.

Pengasas MOTA Akademi Klang, Izuwan Hayat berkata, beliau ingin mengembangkan bakat di kalangan komuniti di sekitar Klang khususnya anak muda yang mempunyai minat, bercita-cita tinggi dan potensi yang boleh diasah menjadi pemain berkualiti.

“MOTA Akademi Klang saya tubuhkan setelah terlibat dengan program pembangunan bola sepak dan futsal melalui MOTA FC.

“Selain minat terhadap sukan bola sepak, saya juga ingin mencurahkan ilmu dan pengalaman saya sebagai bekas atlet dalam bola sepak. Saya nampak ramai bakat muda di Klang ini dan saya mahu menjadi pencetus gilap bakat mereka.

“Walaupun dua bulan beroperasi, kini kami sudah memiliki 30 pemain, dan kami sasar 50 pemain sebelum hujung tahun ini. Ini menunjukkan ibu bapa yakin dengan modul latihan MOTA Akademi,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Kata Izuwan, setiap pelatih juga akan didedahkan dengan menyertai pelbagai kejohanan sebagai pentas mengembangkan bakat mereka sebagai proses pembelajaran serta pembangunan mereka dalam bola sepak

“Di MOTA Akademi Klang, pelatih kami akan cepat berkembang kerana pihak akademi akan mendedahkan pelatih dengan menyediakan kejohanan untuk pelatih kami terlibat dengan perlawanan,

“Pendedahan menyertai kejohanan ini sangat penting buat kami kerana di situ kami menyediakan pelatih menunjukkan potensi mereka serta kami menggilap bakat mereka.

“Kejohanan pertama MOTA Akademi Klang adalah pada 27 November depan dalam Grand Final Piala Lautan 2022. Kami yakin di kejohanan ini pelatih kami akan belajar banyak mengenai futsal dan bola sepak,” jelasnya,

Terdahulu, Lautan Variasi Sdn Bhd, yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi satelit telah menjalin kerjasama dengan Kelab Bola Sepak MOTA sebagai media rasmi dan tajaan bagi kejohanan peringkat Grand Final pada 27 November depan sebagai platform menggilap bakat baru.

Author

Pilihan Editor