HomeSukanMOTA FC sasar ke Liga Malaysia lagi lima tahun

MOTA FC sasar ke Liga Malaysia lagi lima tahun

AMPANG: Pasukan bola sepak MOTA FC meletak sasaran untuk meraih tempat bagi bersaing dalam Liga Malaysia iaitu bermula dari liga M4 untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun akan datang.

Presiden dan Pengurus Besar MOTA Akademi, Taufik Yaiyah berkata, sasaran tersebut adalah realisitik berdasarkan pembangunan akademi tersebut serta pencapaian yang telah diraih sejak penubuhan akademi pada tahun 2017.

“Visi MOTA ingin menjadi peneraju kepada pembangunan akar umbi. Kami yakin akan berkembang lagi bakat-bakat di bawah kendalian kami. Kami bukan mampu sahaja melahirkan pemain berbakat tetapi satu modul pembangunan bola sepak yang boleh dicontohi serta dikongsikan kepada akademi-akademi lain.

“Impian kami dalam tiga hingga tahun akan datang, membawa dan membentuk pasukan senior MOTA FC bermain di dalam liga kebangsaan dalam bola sepak. Untuk bola sepak sasaran kami meraih slot bertanding dalam liga M3 dan M4 kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MEDIA VARIASI pada kejohanan bola sepak yang dianjurkan di Sayfol International School, di sini, pada hari ini.

Ujarnya, MOTA Akademi yang ditubuhkan sejak dari tahun 2017 telah menjadi platform menghasilkan bakat serta berkembang dengan pesat setelah berjaya didaftarkan sebagi akademi di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia (SSM).

“Akademi ini ditubuhkan pada tahun 2017, dengan nama asal MOTA futsal akademi. Kita bermula di bangsar dengan jumlah pelatih 16 orang.

“Tujuan penubuhan untuk mencungkil bakat-bakat muda dan menjadi peneraju pembangunan akar umbi. Pada waktu ini, merupakan tempoh pembangunan yang baik. Pada tahun 2018, kita tubuhkan kelab bola sepak MOTA dengan berdaftar Suruhanjaya Sukan ke arah akademi profesional. Ubah kepada MOTA Akademi merangkumi bola sepak dan futsal.

“Sekarang ada 16 cawangan. Struktur dan latihan jadual. Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Akademi MOTA dan MOTA FC. Semua kos latihan ditanggung oleh kelab. Pemain yang mewakili MOTA FC dipilih dari pemain terbaik dihasilkan dalam MOTA Akademi yang terdiri daripada 500 orang pelatih,” katanya lagi.

Tambahnya, struktur akademi adalah mengikut pelbagai peringkat dengan bermula dari peringkat akar umbi bagi memantapkan kemahiran asas dan latihan intensiti tinggi didedahkan kepada para pelatih.

Kata Taufik, pelatih yang bermula dari MOTA Akademi yang menunjukkan potensi dan prestasi terbaik mengikut tahap yang ditetapkan kelab akan diserap masuk ke MOTA FC bagi membuka laluan yang besar untuk mengasah bakat pemain dalam akademi itu.

“Yuran dikenakan kepada ibu bapa untuk Akademi MOTA. Pelatih dalam akademi akan dicungkil bakat mereka diserap masuk ke MOTA FC.

“MOTA FC untuk pasukan lelaki bawah 6, 8, 10, 12, 14, 17. Pasukan wanita pula bawah 12 dan 14.

“Info lanjut boleh cari kami di media sosial Facebook dan Instagram MOTA akademi,” kongsinya.

Author

Pilihan Editor