CYBERJAYA: Tular baru-baru ini, pelajar yang menerima PerantiSiswa daripada Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia menjual semula peranti itu demi membeli iPad.
Seorang pengguna Twitter, Ir Leman @lemantroye berkongsikan satu gambar Samsung Tab A8 yang diperoleh menerusi PerantiSiswa dijual semula di e-dagang Carousell dengan harga RM900.
Dalam gambar tersebut, penerima peranti tersebut menyatakan alasan menjualnya adalah kerana ingin membeli iPad untuk kegunaan belajar yang memerlukan banyak penulisan untuk membuat nota.
Ir Leman @lemantroye mengulas, tindakan memberi PerantiSiswa kepada pelajar sedemikian hanyalah membazir sahaja.
“Student sekarang ambil peranti siswa jual balik nak beli iPad. Entah-entah bukan nak beli iPad, nak beli iPhone sahaja. Haha begitu sahaja membazir dekat budak tidak reti bersyukur,” katanya.
Student sekarang ambik peranti siswa jual balik nak beli ipad. Tah2 bukan nak beli ipad nak beli ipong je. Haha gitu je membazir kat budak tak reti bersyukur. pic.twitter.com/nw2R8JFI9S
— Ir Leman (@lemantroye) October 23, 2022
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen di Twitter sehingga memperoleh lebih 6,000 ulang ciapan dan lebih 7,000 tanda suka.
Antara yang memberi komen terhadap perkongsian itu ialah Acap Havertz @acxgaf_ mengenai pelajar lain yang dikira tidak layak menerima PerantiSiswa.
“Ada student yang tak layak disebabkan gaji mak bapak lebih dari yang sepatutnya. Tapi diorang tak tengok kawasan penempatan dan tanggungan anak beranak berapa orang.
“Asal lebih RM8,000-9,000 sahaja tak layak dapat. Padahal gaji macam itu dikira miskin bandar itu,” katanya.
Ada student yang tak layak disebabkan gaji mak bapak lebih dari yang sepatutnya. Tapi diorang tak tengok kawasan penempatan dan tanggungan anak beranak berapa orang. Asal lebih 8k-9k je tak layak dapat. Padahal gaji macamtu dikira miskin bandar tu
— Acap Havertz (@acxgaf_) October 24, 2022
Seorang lagi pengguna Twitter, who are you? @TheLuxury16 menggesa agar pelajar-pelajar seperti itu supaya tidak mengambil kuota penerimaan PerantiSiswa bagi memberi laluan kepada yang benar-benar layak.
“Benda macam ini selalu sahaja berlaku dekat universiti, terutamanya budak Melayu, kau kalau dah tahu mampu, takpayahlah ambil, biar kuota itu diberikan pada yang betul-betul layak.
“Susahlah sudah jadi mahasiswa, mahasiswi tapi empati, simpati, kesedaran komuniti pun kurang. Selalu jadi dekat bantuan zakat, biasiswa dan sebagainya,” katanya.
Benda camni selalu je berlaku dekat uni,especially budak Melayu,kau kalau dah tahu mampu,xyah lah amik,biar kuota tu diberikan pada yng betul2 layak,susahlah dah jadi mahasiswa/i tapi empati,simpati,community awarenesspun kurang. Selalu jaid kat bantuan zakat,scholarship dsb
— who are you? (@TheLuxury16) October 24, 2022
Sementara itu (^α!Πα^) @ainaamongtae_ berharap pelajar-pelajar seperti itu memikirkan tentang pelajar lain yang lebih susah dan kurang berkemampuan untuk memilikinya.
“Tak baik tau dah dapat lepas itu nak jual atas alasan sebab nak beli iPpad? Kesian dekat student lain yang struggle dan dengan yang kurang berkemampuan. Bersyukur lah bila dah dapat dan jaga sebaik yang mungkin,” katanya.
Tak baik tau dah dapat pastu nak jual atas alasan sbb nak beli ipad? Kesian dekat student lain yg struggle dan dgn yg kurang berkemampuan. Bersyukur lah bila dah dapat dan jaga sebaik yg mungkin.
— (^α!Πα^) (@ainaamongtae_) October 23, 2022
Dalam pada itu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga sempat mengulas mengenai isu ini dengan menggesa agar pelajar-pelajar ini tidak menjual PerantiSiswa.
“Saya cari ‘ad’ balik, sudah tak jumpa. Janganlah jual. Kerajaan dah bagi untuk guna dan ramai lagi yang memerlukannya.
“Satu per tiga pelajar di Malaysia tak ada gajet. Di Sabah dan Sarawak, satu per dua pelajar tak ada.
“Boleh serahkan kembali untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan lagi,” kata Saddiq.