HomeGaya HidupSeni & WarisanKraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai

Kraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai

NEW DELHI: Kraftangan Malaysia merancang untuk mengadakan pertunjukan fesyen di Dubai bagi meneroka pasaran rantau Arab.

“Kami sedang menyiapkan koleksi kami untuk pertunjukan di Dubai. Kami akan mengumumkan tarikh pertunjukan fesyen tidak lama lagi,” kata Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli kepada Bernama di New Delhi.

Ainu Sham berharap acara itu akan meningkatkan kesedaran tentang tekstil Malaysia, hiasan dalaman dan produk gaya hidup di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta wilayah Teluk.

“UAE memiliki pasaran yang luas bagi fesyen. Kami menyaksikan permintaan terhadap barangan gaya hidup Malaysia terutama daripada sektor pelancongan.

“Malaysia mempunyai banyak barangan gaya hidup dan kraf berjenama yang akan menarik minat pasaran UAE.

“Selepas Dubai, kami mahu meneroka negara jiran,” katanya. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor