KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO sudah menghantar senarai calon kepada pucuk pimpinan parti untuk mewakili parti itu pad Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah kuota senarai calon akan ditentukan oleh kepimpinan parti serta menunjukkan keyakinan bahawa lebih ramai calon muda akan ditampilkan pada PRU15.
“Kita tidak pernah mendesak untuk mendapatkan kuota seperti 20 peratus ke 30 peratus merupakan calon Pemuda. Tetapi pendirian Pemuda kami mahu menampilkan ramai lagi calon-calon baru yang memberi isyarat Barisan Nasional (BN) komited mengwajahkan parti yang membawa rejunevasi pembaharuan yang tinggi.
“Komitmen telah ditunjukkan kepimpinan parti 84 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu adalah calon muda, 79 peratus di PRN Johor. Buat pertama kali di peringkat pemuda BN kita sudah ada 13 wakil rakyat.
“Exco seramai lapan orang juga terdiri daripada pemuda BN. Ini membuktikan komitmen Presiden UMNO dan Pengerusi BN untuk mengwajahkan parti dengan muka baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn hari ini.
Jelas Asyraf, beliau merupakan salah seorang dalam senarai calon untuk bertanding pada PRU15 akan datang.