MOSCOW: Empat daripada lima rakyat Rusia percaya bahawa Presiden Vladimir Putin berprestasi baik dalam kapasiti profesionalnya dan 77 peratus percaya sepenuhnya terhadap beliau, lapor Sputnik.
Tinjauan dijalankan Yayasan Pendapat Awam Rusia (FOM) pada Jumaat menunjukkan hanya 10 peratus responden tidak menyokong tindakan Putin manakala 11 peratus lagi mengatakan mereka sukar menilai prestasinya.
Sementara itu, hanya 14 peratus rakyat menyatakan mereka tidak percaya terhadap pemimpin Rusia itu, manakala 9 peratus enggan menjawab.
Tinjauan itu dijalankan dalam kalangan 1,500 warga Rusia dewasa merentasi 104 penempatan bandar dan luar bandar dari 2 hingga 23 Oktober.
Tahap sokongan terhadap pemimpin Rusia itu merosot sedikit berbanding dapatan dalam tinjauan FOM pada minggu sebelumnya, apabila 80 peratus rakyat Rusia menilai prestasi profesional Putin secara positif dan 79 peratus responden menyatakan keyakinan penuh mereka terhadap presiden. – BERNAMA