HomeSukanUEL: Arsenal tewas di tangan PSV Eindhoven 2-0

UEL: Arsenal tewas di tangan PSV Eindhoven 2-0

REKOD cemerlang pasukan The Gunners dalam saingan kumpulan A Liga Juara Europa 2022/2023 lebur setelah tewas 2-0 kepada PSV Eindhoven dalam perlawanan di Philips Stadion, awal pagi tadi.

Kekalahan itu membuatkan rekod Arsenal lebur dengan empat kemenangan sebelum ini serta gagal menjaringkan gol.

Bukan itu sahaja, kekalahan sulung ini menyaksikan Arsenal terlepas peluang untuk layak lebih awal ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan.

Arsenal seperti dijangka dilihat menguasai perlawanan namun barisan penyerang mereka ke pintu gol pasukan tuan rumah dengan hanya merekodkan tiga percubaan tepat.

Pasukan PSV yang kini dikendalikan bekas penyerang Manchester United, Ruud Van Nilstelrooy menjaringkan gol pertama pada minit ke-55 menerusi Joey Veerman yang menyempurnakan hantaran Luuk De Jong sekaligus menewaskan penjaga gol, Aaron Ramsdale.

Ramsdale sekali lagi tertewa selepas gagal untuk menumbuk bola apabila beliau keluar bagi menyelamatkan keadaan susulan sepakan penjuru yang memberikan ruang buat De Jong untuk menanduk masuk bola bagi gol PSV pada minit ke-63.

Meskipun tewas, Arsenal kekal mendahului kumpulan dengan kutipan 12 mata sementara PSV di tangga kedua dengan jumlah 10 mata.

Pasukan kendalian Mikel Arteta hanya memerlukan kemenangan pada perlawanan terakhir di minggu hadapan menentang FC Zurich di Stadium Emirates untuk layak sebagai juara kumpulan manakala PSV pula akan berkunjung ke Norway bertemu FK Bodo/Glimt.

Author

Pilihan Editor