HomeSukanE-sukanFAM, HP Malaysia jalin kerjasama tingkatkan kualiti arena e-sukan bola sepak

FAM, HP Malaysia jalin kerjasama tingkatkan kualiti arena e-sukan bola sepak

 

CYBERJAYA: Demi merancakkan arena e-sukan bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama syarikat teknologi terkemuka di dunia, HP Inc. Malaysia menjalinkan kolaborasi bersama.

FAM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jalinan kerjasama itu turut dimeterai untuk ekosistem e-sukan terus dibangunkan menerusi pengunaan barangan elektronik berkualiti tinggi seperti komputer riba HP Victus dan perkakasan permainan HyperX keluaran HP.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kolaborasi bersama syarikat teknologi terkemuka itu merupakan permulaan yang baik untuk masa hadapan e-sukan bola sepak di dalam negara.

“Sokongan yang telah dizahirkan oleh barisan penaja FAM telah banyak membantu kami di FAM untuk terus membangunkan serta menambah baik ekosistem bola sepak di Malaysia.

“Menerusi kolaborasi terbaharu FAM bersama HP Malaysia, kini kami berpeluang untuk memperluaskan serta menambah baik ekosistem bola sepak negara dengan memasukkan e-sukan bola sepak ke dalam program pembangunan negara.

“Saya harap menerusi kolaborasi ini, FAM dapat melahirkan lebih ramai bakat muda di dalam arena e-sukan bola sepak yang boleh mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia,” katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, HP Malaysia turut menzahirkan komitmennya sebagai rakan penaja peralatan teknologi maklumat dan e-Stor rasmi skuad eRimau FAM bagi kempen FIFA eNations Series 2023 yang dijadualkan bermula Disember ini.

Author

Pilihan Editor