HomeBeritaWarga emas OKU maut dalam kebakaran 

Warga emas OKU maut dalam kebakaran 

 

IPOH: Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) itu pada 5.42 pagi.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Boy Soo, 74, dan hanya tinggal berdua di rumah berkenaan bersama suaminya.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah (yang terbakar) sebanyak 20 peratus dan wanita itu disahkan maut oleh pihak perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dibantu pasukan dari Kuala Kurau membuat pemadaman sisa kebakaran sepenuhnya dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 7.30 pagi. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor